“Kenapa ya perempuan memerlukan handbag untuk ke mana mana?”
Hmm mungkin ramai kaum adam yang ingin mengetahui jawapan kepada soalan di atas.
Haha, entah lah. Sejujurnya saya tidak tahu walaupun saya golongan hawa lol. Mungkin perempuan suka membawa pelbagai perkakasan dari rumah ke mana mana saja, contohnya make up, gincu dsb. Mungkin!. Tapi bagi saya, saya lebih selesa kemana mana hanya berbekalkan dompet di poket seluar. Ini memudahkan pergerakan saya tanpa memerlukan saya menjadi ‘penyangkut beg’ bergerak.lol
Walaupun faktanya, saya tidak membawa handbag ke mana mana, tetapi saya tetap arif dgn apa yang perlu ada di handbag untuk golongan perempuan.
Ada tiga benda yang paling penting setiap wanita patut ada dalam handbag/tas tangan mereka. Anda mungkin sudah ada benda-benda yang bakal saya sebutkan, bagi yang belum, sila salin senarai ini sekarang.
1. Penyembur lada buatan sendiri (homemade pepper spray). Bukan sahaja boleh melindungi anda dari penjenayah, malah kalau anda terlupa nak suruh mamak itu buat maggi goreng extra pedas, semburkan saja pada maggi goreng anda dengan penuh bergaya.
2. Earphone, walaupun anda tidak memiliki iPod, mp3 atau lagu-laguan dalam handphone polifonik anda. Hanya letakkan wayarnya di dalam handbag dan pasang ke telinga. Berguna untuk menghalang dari orang yang duduk di sebelah untuk bercakap dengan anda. Terutama di stesen bas. *TERBUKTI KEBERKESANAN*
3. Surat untuk peragut. Andaikata anda diragut dan tidak sempat untuk mengeluarkan penyembur lada yang anda baru kisar pagi tadi, pasti anda ingin menyampaikan mesej masyarakat kepada peragut tersebut. Surat mungkin berbunyi: “Hei peragut, engkau ini memang sampah masyarakat sedarlah diri, bayangkan emak engkau yang kena ragut. Sakit tak sakit. Kalau kesempitan wang sangat pun, Mydin kan tengah cari orang. Kau memang malas kerja kan.” Lebih efektif kalau surat itu disertakan hadis-hadis atau pantun nasihat.
Sekarang mungkin anda tertanya Tanya, kenapa saya tidak memerlukan handbag, adakah saya tidak memerlukan 3 barang barang asas yang saya nyatakan diatas?
Ye saya tidak memerlukan 3 benda benda asas diatas kerana saya mempunyai alternative alternative lain untuk menghalang 3 masalah diatas.
11. 1. Masalah satu mungkin agak sukar sedikit daripada masalah masalah yang lagi 2 tetapi saya berharap ilmu ilmu tae kwon do yang saya pelajari semasa semester 2 tahun 1 akan boleh dipraktikkan sekiranya bersua muka (bersua muka??lol) dgn penjenayah.
2
22. 2. Pabila saya tiada mood utk berborak atau bergaul mesra dengan org sebelah ketika menunggu bas, saya hanya akan menjawab se’patah’ pabila ditanya ber’patah-patah’. Perkara ini akan berulang kali sehingga org disebelah saya bosan dan tidak tahu apa yang harus di’patah’kan lagi.lol
3
. 3. 3. Perkara ketiga ini boleh dielakkan serta merta dgn tidak membawa tas tangan ke mana mana. Bila saya tidak membawa tas tangan, masakan peragut boleh meragut tas tangan saya. Haha
Note : mungkin juga peragut itu bole meragut dompet saya. Tetapi peragut itu akan berfikir semasak masaknya (sehingga hangus) sebelum berbuat demikian kerana dompet saya terselit di dalam poket depan seluar saya. Sebelum peragut Berjaya mengambilnya, insyaAllah saya akan sempat menjerit atau (lebih seronok lagi) melibas tangan nya dengan skill tae kwon do saya lol.

apapun, sekiranya anda diragut dan berasa anda tidak berdaya untuk berbuat Ber'apa-apa'. sebaiknya anda serah lah sahaja kpd pihak berkuasa.hehe
OwhTibaTibaTerfikir : Entri pertama didalam bahasa ibunda. eh maaf bukan bahasa 'ibu'nda. Bahasa ibunda saya adalah bahasa melanau. Makanya ini bahasa ayahnda.. eh bukan kah 'ayah'nda empunya bahasa adalah bahasa endon??? lol

No comments:
Post a Comment